"Supir" kami amat berpengalaman terutamanya membawa pelancong-pelancong dari Malaysia ke tempat- tempat membeli belah yang murah dan berkualiti. Ini dapat membantu pelancong-pelancong Malaysia dari ditipu di sana.
Pakej kami tidak terhad dan tidak ditetapkan pada nilai-nilai yang tertentu atau masa yang terhad. Segalanya boleh ditetapkan oleh pelancong. Untuk jenis kenderaan, kami mempunyai pelbagai jenis kenderaan terutamanya dari jenama Toyota.
Bagi penempahan hotel, kami menawarkan perkhidmatan menempah pelbagai hotel. Hotel-hotel ini juga boleh ditempah berasingan jika hanya mahu perkhidmatan "Supir" kami.
Untuk makanan yang halal, sedap dan murah, usah risau, "Supir" kami akan membawa pelancong ke restoran yang terpilih yang diketahui bersih dan murah. Kebanyakan restoran-restoran ini menjadi pilihan pelancong-pelancong Malaysia. |